ATHLON 2010

ATHLON 2010
we love sport..!!

Friday, August 27, 2010

~ SuKaN PaDaNg ~

Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, bowling padang, golf dan lain-lain dimainkan di seluruh pelusuk negara. Terutamanya permainan bola sepak yang boleh dimainkan hampir di mana sahaja telah menjadi antara sukan paling popular di Malaysia. Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia. Sukan baru seperti bowling padang dan golf dimainkan oleh golongan yang lebih berkemampuan kerana kos yang agak tinggi untuk melakukannya.



..:: RAGBI::..
Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

~Sejarah perkembangan di Malaysia~



Seterusnya, rugbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.

Di peringkat antarabangsa, negara New Zealand yang dikenali sebagai All Black menjadi pasukan yang digeruni dengan memiliki pemain seperti Jonah Somu. Negara lain seperti juara dunia Australia, Afrika Selatan. England dan Perancis juga merupakan kuasa terkuat dalam acara ragbi. Bagi negara Asia, Jepun merupakan negara yang handal namun tahap keupayaan masih jauh berbangding dengan negara Barat.

~Kemahiran Asas~




1. Menghantar bola
Dalam permainan ragbi, kemahiran menghantar bola merupakan kemahiran asas yang paling mustahak. Menghantar bola dengan tepat atau menerima bola dengan sempurna semasa berlari membantu kenerkesanan permainan.


Asas membuat hantaran bola

o pegang kemas bola dengan kedua belah tangan. Berat badan perlulah berada pada kaki belakang.


o Tukar berat badan ke kaki hadapan serentak itu juga, hayun kedua belah lengan sehingga bola melintasi badan menuju ke arah sasaran kamu.


o Perhatikan pihak yang hendak menerima bola. Biasakan melihat rakan sepasukan di sekeliling. Hantaran bola selalunya tepat jika kamu dapat menentukan sasaran dengan cepat.


o Setelah melepaskan bola ke arah sasaran, pastikan lengan kamu membuat hayunan lajak ke arah penerima bola.


o Selepas menghantar bola, segeralah berundur supaya kamu berada di belakang pembawa bola dan bersedia untuk menerima bola.






2. Tekel


Kemahiran tekel adalah sangat penting dalam permainan ini kerana bertujuan untuk menghalang pihak lawan yang membawa bola ke kawasan gol. Untuk menghasilkan tekel yang baik, kamu haruslah :


 Membuat tekel dengan keras.


 Memeluk bahagian peha pihak lawan dengan lengan kamu sekuat mungkin sehingga pihak lawan itu jatuh.


 Menggunakan berat badan kamu agar pihak lawan jatuh tertiarap.













3. Mengelak


Kemahiran menukar arah dengan cepat ketika berlari atau larian yang mengelirukan bertujuan menghindarkan pihak lawan menekel pemain yang membawa bola. Kemahiran ini di gunakan apabila pihak lawan berlari meluru ke arah pemain tersebut.

Apabila pihak lawan mendekati kamu, langkah kaki ke arah yang berlawanan. Kemudian tukar arah larian dengan pantas. Tindakan ini menyebabkan pihak lawan tidak pasti arah larian kamu dan tidak dapat mengimbangi badannya.





4. Menendang Bola


Kadang kala semasa permainan kamu perlu menendang bola. Kamu boleh mencuba tiga jenis tendangan yang biasa dilakukan oleh pemain ragbi.


Tendangan torpedo:


Cara tendang ini ialah untuk memperoleh arah tendangan yang jauh.

a. Pegang bola di bahagian sisi, muncung bola mengarah ke badan.


b. Berlari kira-kira lima langkah sebelum membuat tendangan

c. Lengan perlulah dalam keadaan hampir lurus apabila melepaskan bola.

d. Pastikan bola yang jatuh tidak berubah kedudukan iaitu bahagian muncung bola mengarah ke badan.

e. Tendang bola apabila bola berada di paras ketinggian lutut kamu, dengan menggunakan bahagian tali but.

f. Selepas menendang kaki perlul diluruskan dan hayunan lajak dibuat ke arah sasaran.

Tendang lantun (drop-kick):

a. Pegang bola dalam kedudukan menegak pada ketinggian pinggang, kedua belah tangan berada di bahagian sisi bola. Condongkan bola sedikit ke arah badan.

b. Buat larian kira-kira lima langkah. Semasa berlari, mata memandang bola. Jatuhkan bola ke tanah. Pastikan kaki menendang bola sebaik sahaja bola melantun.

c. Buat hayunan lajak dengan meluruskan kaki yang menendangkan ke arah sasaran.

Tendang letak – biasanya dilakukan untuk tendangan ke arah gol. Ia dilakukan semasa sepak mula, tendangan penalty atau tendangan gol (conversion). Boleh diletakkan menegak atau condong mengikut kehendak penendang. Sesetengah penendang menggunakan bahagian dalam kaki untuk menendang. Ada juga yang menggunakan hujung kaki atau kura-kura kaki.

a. Letakkan bola secara menegak, tetapi condongkan sedikit. Pastikan bahagian pelipat jahitan bola pula menghadap tiang gol.

b. Undur beberapa langkah ke belakang. Tumpukan perhatian kepada bola. Berlari kerah bola

c. Tendang sekuat yang mungkin dengan menggunakan bahagian kura-kura kaki. Selepas menendang buat hayunan lajak ke arah sasaran.

UNDANG-UNDANG RAGBI sila rujuk di sini..

UMS WOMEN TOUCH RUGBY
 

No comments:

Post a Comment