ATHLON 2010

ATHLON 2010
we love sport..!!

Monday, September 6, 2010

..:: eTiKa DaLaM sUkaN ::..

Etika sukan
suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan. Ahli sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yang harmoni. Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan, pihak penganjur dan peminat sukan.

Etika dalam sukan dapat mewujudkan budaya besukan yang sihat. Atlet dan penonton perlu memahami dan mengamalkan etika ketika bersukan. Etika yang perlu diamalkan oleh atlet dan penonton dalam sukan dan permainan adalah seperti berikut:

ATLET
• Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan
• Bertanding dengan penuh semangat kesukanan
• Mempamerkan mutu permainan yang tinggi
 • Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah
• Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan
• Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan
• Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi
pemain lawan dan penonton
• Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri.

PENONTON
• Mematuhi peraturan tempat pertandingan
Memberikan sokongan padu kepada pasukan sendiri
 • Menghormati pegawai sukan dan penyokong pasukan lawan
• Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian
• Menghargai persembahan permainan yang berkualiti
 • Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan
 • Mengelakkan provokasi.

Friday, August 27, 2010

----<<@ SuKAn GeLanGGang @>>-----

..:: Bola Tampar ::..


Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.

Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.



Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.

Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula.

Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.

Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.

Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

~ SENI MEMPERTAHANKAN DIRI ~

..:: SILAT ::..




Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.

~Jenis silat ~


Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan. SILAT SENI GAYUNG.. click here.



Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.

~ SuKaN PaDaNg ~

Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, bowling padang, golf dan lain-lain dimainkan di seluruh pelusuk negara. Terutamanya permainan bola sepak yang boleh dimainkan hampir di mana sahaja telah menjadi antara sukan paling popular di Malaysia. Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia. Sukan baru seperti bowling padang dan golf dimainkan oleh golongan yang lebih berkemampuan kerana kos yang agak tinggi untuk melakukannya.



..:: RAGBI::..
Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

~Sejarah perkembangan di Malaysia~



Seterusnya, rugbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.

Di peringkat antarabangsa, negara New Zealand yang dikenali sebagai All Black menjadi pasukan yang digeruni dengan memiliki pemain seperti Jonah Somu. Negara lain seperti juara dunia Australia, Afrika Selatan. England dan Perancis juga merupakan kuasa terkuat dalam acara ragbi. Bagi negara Asia, Jepun merupakan negara yang handal namun tahap keupayaan masih jauh berbangding dengan negara Barat.

~Kemahiran Asas~




1. Menghantar bola
Dalam permainan ragbi, kemahiran menghantar bola merupakan kemahiran asas yang paling mustahak. Menghantar bola dengan tepat atau menerima bola dengan sempurna semasa berlari membantu kenerkesanan permainan.


Asas membuat hantaran bola

o pegang kemas bola dengan kedua belah tangan. Berat badan perlulah berada pada kaki belakang.


o Tukar berat badan ke kaki hadapan serentak itu juga, hayun kedua belah lengan sehingga bola melintasi badan menuju ke arah sasaran kamu.


o Perhatikan pihak yang hendak menerima bola. Biasakan melihat rakan sepasukan di sekeliling. Hantaran bola selalunya tepat jika kamu dapat menentukan sasaran dengan cepat.


o Setelah melepaskan bola ke arah sasaran, pastikan lengan kamu membuat hayunan lajak ke arah penerima bola.


o Selepas menghantar bola, segeralah berundur supaya kamu berada di belakang pembawa bola dan bersedia untuk menerima bola.






2. Tekel


Kemahiran tekel adalah sangat penting dalam permainan ini kerana bertujuan untuk menghalang pihak lawan yang membawa bola ke kawasan gol. Untuk menghasilkan tekel yang baik, kamu haruslah :


 Membuat tekel dengan keras.


 Memeluk bahagian peha pihak lawan dengan lengan kamu sekuat mungkin sehingga pihak lawan itu jatuh.


 Menggunakan berat badan kamu agar pihak lawan jatuh tertiarap.













3. Mengelak


Kemahiran menukar arah dengan cepat ketika berlari atau larian yang mengelirukan bertujuan menghindarkan pihak lawan menekel pemain yang membawa bola. Kemahiran ini di gunakan apabila pihak lawan berlari meluru ke arah pemain tersebut.

Apabila pihak lawan mendekati kamu, langkah kaki ke arah yang berlawanan. Kemudian tukar arah larian dengan pantas. Tindakan ini menyebabkan pihak lawan tidak pasti arah larian kamu dan tidak dapat mengimbangi badannya.





4. Menendang Bola


Kadang kala semasa permainan kamu perlu menendang bola. Kamu boleh mencuba tiga jenis tendangan yang biasa dilakukan oleh pemain ragbi.


Tendangan torpedo:


Cara tendang ini ialah untuk memperoleh arah tendangan yang jauh.

a. Pegang bola di bahagian sisi, muncung bola mengarah ke badan.


b. Berlari kira-kira lima langkah sebelum membuat tendangan

c. Lengan perlulah dalam keadaan hampir lurus apabila melepaskan bola.

d. Pastikan bola yang jatuh tidak berubah kedudukan iaitu bahagian muncung bola mengarah ke badan.

e. Tendang bola apabila bola berada di paras ketinggian lutut kamu, dengan menggunakan bahagian tali but.

f. Selepas menendang kaki perlul diluruskan dan hayunan lajak dibuat ke arah sasaran.

Tendang lantun (drop-kick):

a. Pegang bola dalam kedudukan menegak pada ketinggian pinggang, kedua belah tangan berada di bahagian sisi bola. Condongkan bola sedikit ke arah badan.

b. Buat larian kira-kira lima langkah. Semasa berlari, mata memandang bola. Jatuhkan bola ke tanah. Pastikan kaki menendang bola sebaik sahaja bola melantun.

c. Buat hayunan lajak dengan meluruskan kaki yang menendangkan ke arah sasaran.

Tendang letak – biasanya dilakukan untuk tendangan ke arah gol. Ia dilakukan semasa sepak mula, tendangan penalty atau tendangan gol (conversion). Boleh diletakkan menegak atau condong mengikut kehendak penendang. Sesetengah penendang menggunakan bahagian dalam kaki untuk menendang. Ada juga yang menggunakan hujung kaki atau kura-kura kaki.

a. Letakkan bola secara menegak, tetapi condongkan sedikit. Pastikan bahagian pelipat jahitan bola pula menghadap tiang gol.

b. Undur beberapa langkah ke belakang. Tumpukan perhatian kepada bola. Berlari kerah bola

c. Tendang sekuat yang mungkin dengan menggunakan bahagian kura-kura kaki. Selepas menendang buat hayunan lajak ke arah sasaran.

UNDANG-UNDANG RAGBI sila rujuk di sini..

UMS WOMEN TOUCH RUGBY
 

~ SuKaN TradiSioNaL~

Antara sukan-sukan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti permainan wau. Walaupun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang bersukan, namun aktiviti-aktiviti seperti disenaraikan di atas adalah antara kegiatan utama atau kegiatan rutin di masa lapang bagi sebahagian rakyat di Malaysia.
Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat di laksanakan.
Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan Sepak Takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau asia tenggara. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan-permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turun-temurun dan dipelajari dari generasi terdahulu.


..:: SuKaN di MalaySiA ::..

Sukan di Malaysia adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan tali silaturahim antara rakyat berbilang kaum. Sukan yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti sukan air, sukan balapan, sukan padang, sukan tradisional dan seumpamanya ini dilakukan oleh rakyat pelbagai lapisan umur. Sehingga kini, sukan di Malaysia telah menjadi suatu aktiviti utama di Universiti-universiti tempatan di mana mereka sering melakukan aktiviti sukan tahunan atau sukan antara universiti atau antara kolej semata-mata untuk menerapkan semangat kerjasama, setia kawan, semangat untuk memenangi sesuatu pertandingan selain untuk berkenalan sesama sendiri dan justeru merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Tuesday, August 17, 2010

WeLcOmE

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA KENGKAWAN. DENGAN WUJUDNYA BLOG INI ADALAH UNTUK SAMA KITA BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI SEMUA JENIS SUKAN YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA. HARAP KAWAN2 DPT MEMBERIKAN KERJASAMA. SALAM...

saya kini berada di Universiti Malaysia Sabah yg terletak di bandar Kota Kinabalu